Kajian Mula Niaga: Lambat vs. Cepat

Salam!

Kali ni saya nak share sikit apa beza mula lambat vs mula cepat.

 

Mula lambat.

Kenapa ada yang start berniaga lambat? Boleh plan strategi betul-betul.

Yes, masa banyak so buat apa jalan laju-laju kalau tak plan betul-betul? Kita start lambat pun tak apa janji ada plan yang betul.. cuma yang tak bestnya:

..lambat nak berjalan/dapat hasil.

Memang lambatlah gitu, sebab sibuk sangat plan strategi sampai tindakan tu lambat. Boleh jadi orang lain dah jalan dulu dan dapat hasil dulu, sebab tulah ada yang pilih jalan ni:

 

Mula cepat.

Tak takut ke mula cepat? Strategi mungkin berterabur/tak lengkap sebab kita jalan je mana yang boleh/guna mana yang ada dulu. Tapi apa yang dapat kalau jalan dulu ni?

..cepat dapat hasil!

Sebab yang jalan dulu selalunya mereka yang dapat dulu. Siapa yang dapat dulu kalau nak rebut buah yang jatuh? Orang yang pakai kasut dulu ke atau yang terus lari pergi kejar buah yang jatuh dengan berkaki ayam saja?

 

Apakah yang paling elok sebenarnya?

Kalau nak tahu, bak kata jutawan, yang paling elok ialah:

Kita jalan cepat, kalau terbabas sewaktu jalan cepat tu, cepat-cepat kita betulkan balik dan teruskan perjalanan.

Pendek kata, jalan sajalah. Ada silap, kita betulkan dan belajar. Lepas tu teruskan perjalanan.

So, mana satu yang kita nak? You nak mula cepat or mula lambat?

Walau mana satu pun yang kita pilih, choose one path and stick to it.

Jangan fikir nak buat semua benda tapi satu benda pun tak boleh jalan.

Jumpa lagi.

Tinggalkan komen anda di sini!

comments

About Author