Cara Mencari Graphic Designer Yang Bagus!

Hai semua, Akmal Izzat di sini.

Hari ni saya nak bincang sikit pasal sesuatu benda yang banyak dah orang tanya:

Macamana nak cari graphic designer yang bagus??

Ini adalah soalan yang bagus. Daripada saya bercerita panjang lebar, saya ringkaskan lagi elok. Oleh itu, sila tengok senarai 9 perkara yang perlu anda tahu apabila ingin mencari seorang graphic designer.

Mari baca:

  1. Boleh tengok portfolio tak? Kalau ada, adakah anda suka dengan hasil kerjanya?
  2. Adakah pelanggannya berpuas hati dengan hasil kerjanya?
  3. Adakah dia kerja berseorangan atau berkumpulan?
  4. Sudah berapa lama buat bisnes graphic design ni?
  5. Adakah grafik yang dihasilkan menggunakan template yang sedia ada, atau dia buat yang baru? (Antara alasan kenapa design grafik boleh jadi murah, sebab grafik yang dihasilkan bukannya original..)
  6. Boleh buat design dengan cepat tak?
  7. Adakah hasil kerjanya boleh menjual?
  8. Adakah kerjanya memang khusus kepada graphic design?
  9. Berbaloi ke?

Memilih graphic designer untuk bekerja dengan anda adalah sangat penting. Ini kerana menurut satu kajian, grafik yang teruk boleh membawa kerosakan kepada imej produk.

Oleh itu, pilihlah graphic designer anda dengan elok! Jangan lupa 9 langkah di atas!! (Oh ya, baru-baru ni saya ada buat design untuk satu client saya. Kasilah pendapat sikit! Boleh tengok dekat bahagian portfolio.)

 

Sekian, terima kaseh!!

Tinggalkan komen anda di sini!

comments

About Author

  • Bagus tips yang tuan kongsikan ini.. Saya pun biasa dpt beberapa soalan seperti ti atas bila client tu kali pertama ingin berurusan dgn saya.. hehe

    Trimas.. 😀

    * blog saya –> http://minisitelands.com/blog

  • Betul tu Tuan,
    Designer yg baik juga, dari hasil portfolionya kita boleh tahu samada dia sentiasa mengikuti perkembangan design atau tidak.

    Perkongsian yang sangat bermanfaat.