Cara Buat Iklan Bergambar Yang Betul

Salam semua, izinkan saya berkongsi sedikit tentang cara buat iklan bergambar dengan betul. Setiap kali melayari internet mesti kita terjumpa dengan iklan kan? Tapi dalam banyak-banyak iklan yang kita tengok tu, kita klik tak?

Fakta Iklan #1: Buatlah iklan yang membolehkan orang klik. Jangan letak produk terus.

Ya! Iklan yang bagus ialah iklan yang membolehkan prospek klik.

Okay saya berikan satu contoh, tengok iklan ini:

Sekarang ni cuba fikirkan balik, bila kita dah letak semua info, adakah orang akan klik iklan kita?

Jawapannya = mestilah TAK… sebab dah tau info termasuk harga, buat apa nak klik lagi kan?

Inilah satu contoh iklan yang tak bagus. Sebab dia dah bagitahu semua pasal produk dia, buat apa nak klik lagi?

 

Sekarang, cuba tengok iklan ni pulak:

Ada beza tak dengan tadi? Kalau anda nak tahu, inilah contoh iklan yang menjual.. bila orang baca iklan macam ni, dia akan terasa curiga dan mesti dia akan terus klik iklan macam ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang kita iklankan.

Inilah cara yang betul!

Saya harap dengan penjelasan ini anda semua akan dapat mempelajari selok belok dalam menghasilkan iklan yang menjual.

Sekian, jumpa lagi..

 

Tinggalkan komen anda di sini!

comments

About Author