Buat Duit Melalui Website vs Facebook: Mana Lebih Untung?

Apakah cara yang lebih bagus untuk buat duit? Melalui Facebook atau website? Ini memang satu soalan yang ramai tanya tapi jawapan dia samar-samar atau berat sebelah (sebab masing-masing nak menang!).

Jadi, kalau kita tanya diri kita sendiri, Facebook atau website yang lebih senang nak buat duit?

 

Jawapannya?

Kedua-duanya boleh buat duit. Dan dua-dua tak boleh buat duit, kalau masing-masing berdegil taknak guna satu sama lain.

Haa camana boleh jadi macam tu? Sebabnya simple saja. Facebook, sebenarnya ialah satu tools untuk buat pemasaran. Dengan kata lain satu alat untuk bagitahu orang lain apa yang kita ada/nak jual/nak promosikan.

Manakala website pula, ialah satu tools untuk menyambut tetamu, memberi maklumat produk/servis/promosi dan menguruskan jualan secara automatik.

Kesilapan ramai orang ialah, 100% menggunakan Facebook sebagai tempat menjual. Suruh PM laa, apa laa.. bagi alamat semua dekat PM. Kalau sorang dua tak apa, ini kalau beratus-ratus? Tak ke akan tercicir satu atau dua order.. kan?

Dan kesilapan ramai orang lagi adalah, 100% berharap dekat website untuk tarik pelanggan. Ya memang semua info dah letak dekat website, tapi setakat tu sajalah. Tak ada usaha nak tarik pelanggan datang ke website. Lepas tu salahkan website tak menjual. Sebenarnya dia yang tak cari trafik.

Jadi, nampak tak apa hubung kait antara dua benda tu di sini?

 

Gunakan kedua-dua tools untuk membuat jualan secara gila-gila di internet.

Sebenarnya, kalau nak buat jualan dengan lagi banyak/senang, elok dapatkan website untuk memudahkan orang beli produk kita dan gabungkan dengan pemasaran di Facebook untuk tarik pelanggan. Barulah umpph orang kata.

Ini kerana, apabila sudah ada website yang boleh uruskan jualan (orang boleh tengok info barang, boleh tempah barang), maka kita cuma perlu buat iklan dekat Facebooksaja dan orang akan datang dan beli produk kita secara tanpa perlu kita duduk depan PC menguruskan jualan (sebab website dah buat semua tu).

Taktik ini sangat berkesan sehinggakan ramai yang boleh buat duit sambil tidur! (Sebab dah automatik, orang boleh bayar bila-bila masa saja, kita hanya kumpul duit dan hantar produk).

Sekian terima kasih.

 

Rahsia Website Hebat

Ingin ketahui website yang menjual dan mendatangkan untung?

Dapatkan Rahsia Website Hebat secara PERCUMA! Tingkatkan jualan dari 100% ke 200%!

KLIK SINI untuk mendapatkannya sekarang!

arrows1 button01

Cara download:

1. Isi borang.
2. Klik tempah sekarang.
3. Produk dihantar ke email.

Tinggalkan komen anda di sini!

comments

About Author

  • tak guna juga klo ada website tapi tidak tahu bagaimana untuk tarik traffik.. so gunakan facebook untuk dapatkan trafik ke website.. makanya jika ada dua2 lagi power lah.. ia saling memerlukan.. hehe 😀

    http://minisitelands.com

    • itulah, ada yang kata Facebook is everything. Tapi bayangkan kalau suatu hari nanti, Facebook profile dan page yang kita ‘sayang’ ni hilang.. haa apa nak buat kalau jadi macam tu?

      Nasib baik backup ada. Lagipun, Facebook is not everything.. lambat laun akan jadi pengganti juga. Macam MySpace suatu ketika dahulu..

  • Pengalaman aku buat dua-dua nya ada pro & cons.. facebook ni medium untuk kita cari pelanggan & cepat jualannya, website tempat pelanggan cari kita tapi bagus untuk jangkamasa panjang walaupun kita dah kurang promote. ni contoh laman blog yang baru aku nak testing dalam beberapa bulan nih >> http://webkedaikita.blogspot.com

  • FB sememangnya pantas hasilkan jualan jika kene gayanya.
    Website ambil masa, TETAPI ia bersifat kekal sbb post yang dibuat.
    lebih baik gnkan kedua-dua medium.